Ultimate magazine theme for WordPress.

Honor X20 Max Bakal Hadir Dengan Skrin Paparan 7.2 inci RGBW

Honor X10 Max 5G merupakan telefon pintar terbesar yang telah diumumkan oleh pihak Honor pada tahun lepas. Ia dilengkapi dengan skrin paparan 7.09 inci dan dikuasakan oleh cip pemprosesan Dimensity 800 5G. Kini, laporan telah mengesahkan bahawa penggantinya bakal hadir dalam masa terdekat iaitu, Honor X20 Max dan peranti ini bakal dilengkapi dengan skrin paparan yang lebih besar berbanding yang sebelumnya.

Menurut Weibo @菊厂影业Fans , Honor X20 Max bakal dilengkapi dengan paparan skrin 7.2 inci, bateri berkapasiti sebesar 6000 mAh dan ia juga bakal dikuasakan oleh cip pemprosesan Dimensity 1100.

 

Selain mempunyai paparan skrin yang lebih besar, Honor X20 Max mungkin dilengkapi dengan panel paparan RGBW seperti keluaran sebelumnya. Panel RGBW dikatakan mempunyai penggunaan kuasa yang lebih rendah jika dibandingkan dengan panel RGB standard dan turut diharapkan Honor bakal memberikan kadar segar semula yang lebih tinggi untuk peranti kali ini.

 

 

Kita juga mengharapkan untuk dapat melihat beberapa peningkatan lain dari segi kamera, pembesar suara dan teknologi pengecasan pantas. Honor X10 Max dilancarkan dengan sokongan untuk pengecasan pantas 22.5W. Hal ini kerana jika penggantinya akan hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar, mungkin juga kelajuan pengecasan juga turut meningkat.

Ketibaan Honor X20 Max ini akan melengkapkan trio Honor X20 yang  merangkumi Honor X20 SE dan Honor X20.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.


Sumber: GizChina

- Advertisement -

Comments are closed.