Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR MagicPad 2 Yang Dikuasakan AI Mulai Dijual Di Seluruh Negara Hari Ini

Penantian untuk tablet HONOR MagicPad 2, yang dikuasakan oleh teknologi AI termaju, kini boleh dibeli di kedai seluruh negara. Berharga RM2,799, tablet ini didatangkan dengan HONOR Magic Pencil 3 dan papan kekunci HONOR Magic Keyboard percuma bernilai RM898. Dengan storan 12GB + 8GB RAM dan 256GB ROM, tablet ini tersedia dalam dua warna iaitu Moonlight White dan Black.

 

Dengan rekaan minimalis yang canggih dan mementingkan ketahanan, tablet ini boleh dibeli di laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Experience Store, Shopee, Lazada, TikTok Shop, termasuk pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

 

Memaksimumkan Kecekapan dan Produktiviti dengan AI Office dan MagicOS  

HONOR MagicPad 2 ialah tablet yang berkuasa, dilengkapi dengan paparan OLED 3K yang imersif, ciri-ciri AI yang pintar, prestasi audio IMAX yang dipertingkatkan, dan perkakasan yang kukuh. Dilengkapi dengan perkakasan pejabat yang dikuasakan AI termaju yang direka bagi memenuhi keperluan asas pengguna, HONOR MagicPad 2 memberikan pengalaman yang lancar dan lebih cekap utnuk menjalankan pelbagai tugasan.

 

Ciri HONOR Notes yang terbina di dalam tablet ini menyediakan pengkategorian nota berbilang tahap dan penambahan AI seperti keupayaan Voice to Text, Handwriting Beautification, dan Formula Recognition, menggiatkan lagi pengalaman pengguna untuk bekerja ke tahap yang lebih tinggi. Dalam pada itu, HONOR Docs menyediakan kemudahan untuk pengurusan dokumen yang lebih mudah, menjadikan HONOR MagicPad 2 satu penyelesaian ideal untuk tugasan pejabat secara bergerak dan pembelajaran atas talian.

 

HONOR MagicPad 2 untuk Golongan Profesional

  • AI Background Noise Reduction

Ciri AI Background Noise Reduction ini memastikan suara anda kekal jelas dan fokus sepanjang perbualan atau mengikuti mesyuarat atas talian. Ia berfungsi untuk menyisihkan gangguan dari persekitaran semasa sama ada anda bekerja dari kafe yang sibuk, pejabat yang bising, atau di rumah dengan tangisan kanak-kanak atau bunyi televisyen.

  • Speech-to-Text

Dengan HONOR Notes, pengguna boleh merakam minit mesyuarat yang penting dengan segera. Hanya klik untuk merakam, dan ciri Speech-to-Text akan terus menyalin perkataan kepada teks, serta mampu membezakan antara beberapa orang yang bercakap melalui pengecaman jejak suara. Ini menjadikan perbualan mudah untuk diikuti serta membolehkan nota-nota diuruskan dengan cekap.

  • Real-Time Translation

Bagi golongan professional yang perlu berurusan dengan klien atau rakan sekerja antarabangsa, ciri Real-Time Translation dalam HONOR Notes merapatkan jurang bahasa dengan menterjemah kandungan yang dituturkan kepada bahasa pilihan bagi memastikan anda memahami setiap butiran semasa mesyuarat atau perbualan.

  • AI Handwriting Beautification

Tulis nota dengan cepat semasa mesyuarat yang pantas dan gunakan ciri AI Handwriting Beautification untuk menjadikan catatan kasar anda kepada dokumen yang tampak halus dan profesional, sesuai untuk pembentangan atau perkongsian bersama rakan sekerja. 

  • Magic Portal

Ringkaskan aliran tugas anda dengan menyeret dan memasukkan gambar atau mesej ke kiri atau kanan tablet. Lompat terus ke aplikasi seperti Google Search atau Calendar untuk mencari maklumat atau menjadualkan tugasan dengan mudah, menjimatkan masa dan usaha.

 

HONOR MagicPad 2 untuk Pembelajaran

  • AI Background Noise Reduction

Semasa pelajar menghadiri kelas atas talian dari rumah atau ruang awam yang bising, ciri ini berupaya menyisihkan gangguan bunyi latar belakang bagi membolehkan mereka memberi tumpuan kepada pembelajaran dan mengikuti perbincangan dengan lebih yakin, memastikan pengalaman pembelajaran yang lebih lancar. 

  • Speech-to-Text

Salah satu ciri dalam HONOR MagicPad 2 ini adalah Speech-To-Text pada HONOR Notes. Hanya rakamkan pengajaran dan ciri ini menyalin semula ke bentuk teks dalam masa sebenar, membolehkan pelajar mengulang kaji isi-isi penting dengan mudah dan pantas, selain membantu mereka menyusun nota dengan cekap.

  • Real-time Translation

Pelajari bahasa baharu atau memahami kandungan pembelajaran dari luar negara dengan lebih mudah dengan ciri Real-time Translation. Pelajar boleh menonton video atau mendengar ucapan dalam bahasa asing yang diterjemahkan dari perkataan ke bahasa yang mereka pilih, seterusnya memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik kepada mereka.

  • . AI Handwriting Beautification

Ciri AI Handwriting Beautification menjadikan catatan nota lebih lancar. Semasa mencatat nota atau membuat jurnal secara pantas, ciri AI ini boleh mengubah catatan kasar kepada teks yang lebih jelas dan kelihatan profesional, menjadikan sesi belajar lebih cekap dan menyeronokkan.

  • AI Formula Recognition

Ideal bagi pelajar dan guru, ciri ini menukarkan persamaan matematik bertulis kepada teks digital, memudahkan proses menyelesaikan masalah matematik yang kompleks serta menyokong pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif.

  • Magic Portal

Ciri Magic Portal meningkatkan lagi pembelajaran dengan membolehkan pelajar untuk mencari bahan bacaan, teks atau gambar yang sukar dengan lebih mudah. Hanya dengan menyeret atau membulatkan kandungan, mereka boleh mendapatkan maklumat dengan pantas bagi menyelaras penyelidikan dan menjimatkan masa. 


Dengan ciri perkakasan pejabat dan pembelajaran yang dikuasakan oleh AI, HONOR MagicPad 2 ialah teman sejati untuk menggalakkan produktiviti dan menghasilkan kecekapan yang tiada tandingan.

 

Ketahui lebih lanjut tentang HONOR MagicPad 2 dengan melayari laman Facebook rasmi dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/  



- Advertisement -

Comments are closed.