HONOR Magic V3, Telefon Boleh Lipat Paling Nipis dan Ringan Di Dunia Dilancarkan di Malaysia Hari Ini
KUALA LUMPUR, 5 September 2024 – HONOR Malaysia dengan rasminya melancarkan telefon boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia, HONOR Magic V3, serentak dengan pelancaran global di IFA 2024 yang berlangsung di Berlin, Jerman, hari ini. HONOR Magic V3 yang berharga RM6,999 adalah telefon boleh lipat flagship yang menggabungkan teknologi termaju dengan rekaan ultra-nipis.
Pra-pesanan HONOR Magic V3 Bermula Sekarang Sehingga 12 September
HONOR Magic V3 kini sedia untuk pra-pesanan sehingga 12 September 2024 melalui laman sesawang rasmi HONOR, kedai HONOR Experience Store, Shopee, Lazada, TikTok Shop, dan pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic. Bawa pulang hadiah eksklusif percuma dengan jumlah keseluruhan bernilai RM2,896 yang terdiri daripada HONOR Watch 4, HONOR Magic Pen, HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand dan Perlindungan Skrin 365 Hari HONOR.
HONOR Magic V3 Pecah Rekod Sebagai Telefon Boleh Lipat AI Paling Nipis[1] dan Ringan Di Dunia
HONOR Magic V3 mencatatkan rekod baharu sebagai telefon boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia dengan ketahanan, bateri, paparan, dan pengalaman AI yang dipertingkatkan kepada pengguna global. Peranti boleh lipat ini memiliki ketebalan lipatan hanya 9.2mm[2] dan 4.35mm apabila dibuka, dengan berat 226g[3] berbanding telefon bar flagship di pasaran.
Bahan Gentian Khas Aeroangkasa Yang Pertama Dalam Industri, Lebih Kukuh dan Tahan Lasak
Direka untuk ketahanan sepanjang penggunaan harian, HONOR Magic V3 menampilkan bahan badan yang diperbuat daripada Gentian Khas Aeroangkasa yang menyeimbangkan kenipisan dan ketahanan dengan sempurna. Dengan ketahanan sehingga 5800MPa, gentian khas peneraju industri ini mengatasi bahan-bahan lain seperti Kevlar dan gentian karbon. Ia menawarkan ketahanan impak sehingga 40 kali lebih kuat dan mengurangkan ketebalan pelindung belakang peranti ini ke 30%, agar telefon ini boleh bertahan walaupun dalam keadaan yang ekstrem.
Selain itu, HONOR Magic V3 juga menampilkan engsel paling nipis dan kukuh dalam industri yang diperbuat daripada HONOR Super Steel, dengan kekuatan ketegangan 2100 MPa. Bahan ini membolehkan bentuk engsel yang lebih nipis iaitu 2.84 mm, sekaligus memberikan lebih ruang untuk pengukuhan struktur.
Di samping itu, HONOR Magic V3 juga menambah set tambahan lengan berayun kepada engsel tersebut, menguatkan lagi ketahanannya ke 1,250%. Dengan penambah baikan ini, engsel tersebut boleh menahan ke sehingga 500,000 kali lipatan, dan telah mendapat pensijilan SGS Durability Certification.
Bagi memastikan skrin dalaman kekal jelas dan tahan penggunaan seharian, paparan 7.92 inci HONOR Magic V3 ini diperkuatkan dengan Skrin Dalaman Super Diperkuatkan HONOR (HONOR Super Armored Inner Screen). Manakala paparan luaran semasa dilipat sebesar 6.43 inci pula diperbuat daripada Perlindungan NanoCrystal Anti-calar HONOR (HONOR Anti-scratch NanoCrystal Shield), menawarkan keupayaan menyerap hentakan sehingga ke 10 kali berbanding kaca biasa. Ini memberikan kekuatan peranti yang lebih kukuh daripada jatuhan yang tidak sengaja.
HONOR Magic V3 turut menerima penarafan kalis air IPX8, menjadikannya selamat untuk digunakan walaupun semasa hujan renyai, tumpahan air yang tidak sengaja atau terendam di dalam air pada kedalaman maksimum 2.5m.
Telefoto Periskop Zum 100X – Merakam Saat Indah dengan Fotografi Boleh Lipat Yang Berkuasa
HONOR Magic V3 menampilkan Kamera Utama 50MP, Kamera Ultra-lebar 40MP, dan Kamera Telefoto Periskop 50MP dengan zum sehingga 100X untuk menangkap gambar objek jauh dengan jelas. Selain itu, paparan dalaman dan luaran peranti ini membawakan Kamera Hadapan 20MP, amat sesuai untuk swafoto dan panggilan video.
Paparan Keselesaan Mata HONOR Melindungi dan Menjaga Kesihatan Mata Pengguna
HONOR amat komited terhadap kesihatan mata pengguna dan telah membangunkan beberapa teknologi perlindungan mata yang termaju. HONOR Magic V3 dilengkapi dengan teknologi Paparan Keselesaan Mata HONOR yang membantu mencegah kelesuan mata, mengurangkan cahaya biru yang memudaratkan serta kesakitan mata semasa penggunaan yang lama. Ini termasuk Pemalapan Bebas Risiko PWM 4320Hz, Pemalapan Dinamik, Paparan Tona Semula Jadi, Paparan Malam Sirkadia dan Teknologi Cahaya Biru Rendah Bertaraf Perkakasan.
MagicOS 8.0.1 Berdasarkan Android 14 untuk Pemperibadian AI Yang Lebih Pintar dan Selamat
HONOR Magic V3 dikuasakan oleh perisian MagicOS 8.0.1 yang berdasarkan Android 14 bagi menawarkan pengalaman pengguna yang lebih diperibadikan dan selamat. Ciri Circle to Do More dengan Magic Portal membolehkan pengguna untuk membuka dua portal secara serentak pada kedua-dua belah skrin untuk berkongsi dan mencari maklumat dengan pantas. Hanya bulatkan teks, alamat, atau gambar menggunakan sendi jari anda dan seretkan ke aplikasi yang relevan melalui Magic Portal.
Dalam pada itu, ciri Parallel Space membolehkan pengguna untuk mengendalikan aplikasi dwi-ruang secara bebas pada desktop berasingan yang berfungsi seperti telefon kedua yang disepadukan ke dalam peranti boleh lipat mereka. Magic Capsule pula membolehkan pengguna untuk melebarkan notifikasi hanya melalui sentuhan pada skrin, memberikan maklumat tambahan tanpa perlu melayari beberapa aplikasi sistem yang pelbagai.
Ciri-ciri HONOR AI Dikuasakan oleh Google Cloud
HONOR bekerjasama dengan Google Cloud untuk memasukkan keupayaan AI ke dalam HONOR Magic V3. Dengan ciri AI Eraser, pengguna boleh membuang objek yang tidak dikehendaki dengan mudah menggunakan AI yang generatif. Ciri Face to Face Translation membolehkan fungsi terjemahan masa sebenar kepada pengguna semasa berkomunikasi dengan orang yang bertutur dalam bahasa berbeza atau untuk memahami percakapan dalam bahasa asing. HONOR Notes pula mengandungi ciri-ciri AI Office yang termaju seperti pertukaran suara ke teks, terjemahan langsung, dan keupayaan mengenal pasti penutur semasa perbincangan berkumpulan.
Bateri Ultra Besar Generasi Baharu dengan Pengecasan Berwayar 66W dan Wayarles 50W HONOR SuperCharge
Menampilkan kapasiti ultra besar Bateri Karbon Silikon Generasi Ketiga 5150mAh, HONOR Magic V3 boleh memenuhi permintaan seharian walaupun dengan penggunaan yang tinggi. Ia menyokong pengecasan berwayar 66W Wired HONOR SuperCharge yang hanya mengambil masa selama 45 minit untuk pengecasan penuh, dan pengecasan wayarles 50W Wireless HONOR SuperCharge.
Dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm® Snapdragon® 8 Gen 3, HONOR Magic V3 memberikan prestasi yang cemerlang. Peranti ini juga mengandungi cip C1+ bagi memastikan kesambungan yang terbaik walaupun di kawasan yang memiliki rangkaian telekomunikasi rendah serta meningkatkan prestasi rangkaian 5G.
HONOR Magic V3 didatangkan dengan 12GB RAM dan memori 512GB. Peranti ini tersedia dalam tiga warna yang menarik iaitu Mossy Green, Silk Brown dan Classic Black.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V3, sila layari laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/
Comments are closed.