Telefon boleh lipat AI yang paling nipis dan ringan di dunia, HONOR Magic V3 kini dijual secara rasmi di kedai di seluruh negara. Telefon boleh lipat baharu dengan ketahanan, bateri, paparan dan pengalaman AI yang dipertingkatkan boleh dimiliki pada harga RM6,999. Telefon ini tersedia dengan storan RAM 12GB dan memori 512GB memory dalam tiga warna premium iaitu Mossy Green, Silk Brown, dan Classic Black.
HONOR Magic V3 boleh dibeli di pelbagai platform termasuk Laman Sesawang Rasmi HONOR, outlet HONOR Experience Store, Shopee, Lazada, dan TikTok Shop. Peranti ini juga boleh didapati di pengedar-pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.
Pembeli akan membawa pulang hadiah percuma bernilai RM1,898 dengan setiap pembelian, yang termasuk jaminan Perlindungan Skrin 365 Hari HONOR dan pemegang Pengecas Tanpa Wayar HONOR SuperCharge. Selain itu, pembeli juga boleh menambah lanjutan jaminan setahun pada hanya RM299.
Miliki HONOR Magic V3 dengan Pelan Pascabayar CelcomDigi dan Maxis
Alami HONOR Magic V3 dari RM113 sebulan, RM0 pendahuluan dan 0% faedah melalui Easy 360 dengan CelcomDigi. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi CelcomDigi.
Dapatkan HONOR Magic V3 dengan Zerolution di Maxis Postpaid 109 untuk RM185 sebulan. Ketahui lebih lanjut tentang pelan ini sekarang menerusi laman sesawang rasmi Maxis. Selain itu, HONOR Magic V3 juga akan tersedia untuk pelan pascabayar U Mobile dan Yes.
Ingin memiliki HONOR Magic V3 tetapi sukar membuat keputusan? Berikut empat sebab mengapa anda mesti bertukar kepada telefon boleh lipat yang paling nipis dan ringan di dunia.
#1: Lebih Kukuh dan Tahan Lasak
HONOR Magic V3 telefon boleh lipat yang tahan lasak dan dibina untuk ketahanan penggunaan seharian. Paparannya dikukuhkan lagi dengan skrin HONOR Super Armored Inner Screen dan Perlindungan NanoCrystal Anti-calar HONOR, memberikan perlindungan luar biasa daripada calar dan jatuhan pada kedua-dua skrin paparan.
Selain itu, HONOR Magic V3 menggabungkan Gentian Khas ke dalam bahan untuk badannya, seterusnya mengurangkan ketebalan bahagian belakang sehingga 40%. Rekaan engsel HONOR Super Steel Hinge baharu juga memastikan telefon ini boleh menahan sehingga 500,000 kali lipatan, serta menerima penarafan IPX8 untuk kalis air.
#2: Telefon Boleh Lipat Paling Nipis dan Ringan
HONOR Magic V3 yang memiliki ketebalan hanya 9.2mm dan seberat 226g, berjaya memecahkan rekod generasi sebelumnya. Rekaan yang ultra-nipis seakan telefon bar flagship menjadikannya sangat selesa apabila dipegang.
Skrin besar telefon boleh lipat ini seperti tablet atau komputer riba mini membuatkan fungsi multitugas boleh dilakukan dengan lancar. Pengguna boleh membuka sehingga ke empat skrin, termasuk dua skrin apungan, dengan menggunakan mod multi-jendela. Dengan ini, pengguna boleh membaca atau menaip teks sambil menonton video atau membandingkan harga produk antara dua aplikasi e-dagang secara serentak.
#3: Ciri-ciri AI Dikuasakan oleh Google Cloud
HONOR Magic V3 juga dilengkapi dengan rangkaian ciri Google Cloud yang berasaskan AI, termasuk Face To Face Translation, AI Eraser dan HONOR Notes.
Face to Face Translation menyokong penterjemahan masa sebenar dalam 10 bahasa termasuk Bahasa Malaysia, menjadikan komunikasi dalam bahasa asing pantas dan mudah. Menarik lagi, pengguna boleh menggunakan kedua-dua paparan dalaman dan luaran untuk berkomunikasi.
Dalam pada itu, ciri AI Eraser untuk gambar membolehkan pengguna membuang objek yang tidak dikehendaki daripada latar belakang. HONOR Notes pula merupakan ciri yang amat berguna untuk merekod ucapan dan transkripsi kepada teks dengan mudah. Ia juga boleh menapis bunyi latar belakang, memastikan hanya suara penutur sahaja yang jelas.
Satu lagi ciri menarik ialah fungsi Circle to Do More pada Magic Portal untuk multitugas yang pantas dan mudah. Pengguna hanya perlu membulatkan satu imej atau teks dengan sendi dan menyeretnya ke platform sosial atau carian Google di kedua-dua belah skrin. Dengan keupayaan untuk membuka dua Magic Portals secara serentak, pengguna boleh menyelaras carian atas talian dan perkongsian konten dengan lebih mudah.
#4: Peningkatan hebat
Telefon HONOR Magic V3 juga didatangkan dengan beberapa peningkatan yang tidak terdapat pada model sebelum ini. Dengan kebolehan membuka beberapa aplikasi, menonton video, bermain permainan mudah alih secara serentak, bateri karbon silikon generasi ketiga 5,150mAh HONOR Magic V3 ini direka untuk membolehkan penggunaan secara berterusan sepanjang hari. Ianya disokong dengan pengecasan berwayar 66W dan pengecasan pantas tanpa wayar 50W HONOR SuperCharge.
Dari segi optik, HONOR Magic V3 tersedia dengan kamera telefoto periskop yang termaju, membolehkan fungsi zum sehingga 100X untuk menangkap objek jauh dengan kejelasan yang amat mengagumkan. HONOR Magic V3 dikuasakan oleh Qualcomm® Snapdragon® 8 Gen 3 Mobile Platform, yang mengendalikan perisian MagicOS 8.0.1 berdasarkan Android 14.
Ketahui lebih lanjut tentang HONOR Magic V3 dengan mengunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/
Comments are closed.