Salam Kenangan Terindah, Sekali lagi peranti Honor yang baharu bakal diperkenalkan selepas perlancaran Siri X pada hujung bulan Mac 2022 lalu. Kini Honor sekali lagi datang dengan peranti baru iaitu Honor Magic4 Pro. Sebuah telefon pintar terbaik MWC (Mobile World Congress) yang dilengakpi dengan GMS (Google Mobile Service) di Malaysia.
Ini adalah sebuah telefon pintar yang mencetuskan perbualan hangat terumanya pada harga peranti tersebut, ia telah dinaik taraf pada beberapa ciri yang pasti dapat memberi pengalaman penggunaan yang sangat hebat. Honor menunjukkan telah memuatkan teknologi-teknologi yang bagus dimana peranti ini hadir dengan PWM tertinggi pernah dihasilkan dalam skrin LPTOP. Hadir juga dengan vidiografik sinematik. Untuk pertama kali di dunia teknologi, Honor telah hadirkan sebuah pengecasan tanpa wayar yang menyokong sehingga 100W.
Peranti yang ditungu-tunggu ini akhirnya bakal tiba di Malaysia pada 1 Jun 2022 ini, untuk siaran langsung perlancarannya, boleh disaksikan di laman rasmi FaceBook Honor Malaysia pada jam 3 petang. Peranti dengan gelaran ‘Telefon Pintar Terlalu Hebat Untuk Dipercayai’ ini telah memenangi beberapa anugerah di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2022 atas kerana teknologinya yang inovatif.
Honor Magic4 Pro ini dikuasai oleh cip pemprosesan generasi terbaru iaitu Qualcomm SnapDragon 8 Gen 1 5G yang Honor mendakwa bahawa ia bakal menjadi telefon pintar flagship kelas tertinggi pada tahun ini. Telefon ini boleh dikatakan wajib dimiliki untuk semua pengguna atas sebab ia tampil dengan rekaan simetri ikonik, paparan visual yang dipertingkatkan, fotografi dan videografi sofistikasi, malah prestasinya sangat unggul beserta ciri privasi yang komprehensif. So jangan lupa saksikan siaran langsung perlacarannya nanti geng, Sampai bertemu kembali, Assalamualaikum. Chow !
Comments are closed.