Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR 200 Lite kini tersedia di seluruh negara, nikmati penjimatan maksima sehingga RM1,299 di telco terpilih

Telefon pintar mampu milik hebat HONOR 200 Lite 5G kini tersedia untuk pembelian di seluruh negara. Dijual pada harga RM1,299, HONOR 200 Lite boleh dibeli di laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Experience Store di seluruh negara, stor rasmi HONOR di platform Shopee dan Lazada, TikTok Shop dan pengedar sah Senheng, SenQ, Harvey Norman dan Urban Republic.

HONOR 200 Lite ialah telefon 5G mampu milik premier bagi mereka yang mencari telefon pada harga yang sesuai dengan kemampuan. Unutk tawaran nilai yang lebih hebat, HONOR 200 Lite boleh diperolehi dengan penjimatan sehingga ke RM1,299, atau mendapatkannya secara percuma apabila melanggani pakej pascabayar terpilih dengan CelcomDigi, Maxis dan U Mobile. Berikut adalah pelan telco yang tersedia untuk membolehkan pelanggan memiliki HONOR 200 Lite:

Hanya RM199 untuk HONOR 200 Lite dengan CelcomDigi

Dapatkan HONOR 200 Lite melalui Pakej MegaJimat pada hanya RM199 bersama pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80 dengan kontrak 24 bulan, menjimatkan sebanyak RM1,100. Pengguna juga boleh membayar RM499 untuk peranti ini dengan pelan sama untuk kontrak selama 12 bulan dan menjimatkan RM800. Selain itu, dapatkan HONOR 200 Lite melalui Easy360 daripada hanya RM1 sebulan dengan pelan CelcomDigi ONE. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menarik ini, kunjungi laman sesawang rasmi CelcomDigi.

Dapatkan HONOR 200 secara PERCUMA!

Bawa pulang HONOR 200 Lite secara PERCUMA apabila pengguna mendaftar untuk pelan Maxis Postpaid 139, dengan penjimatan besar sebanyak RM1,299! Juga dapatkan peranti ini pada harga serendah RM99 dengan pelan Maxis Postpaid 109. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan HONOR 200 Lite, sila kunjungi laman sesawang Maxis.

Bawa pulang HONOR 200 Lite secara PERCUMA dengan U Mobile

U Mobile menawarkan HONOR 200 Lite secara PERCUMA melalui U Save More, eksklusif dengan U Postpaid daripada RM68 sebulan! Nikmati Data Berkelajuan Tinggi 5G sehingga 1,000GB dan Percuma Perayauan Global di 63 destinasi. Kunjungi laman sesawang rasmi U Mobile untuk maklumat lanjut.

Lebih storan dan paparan lebih lasak

Dibina dengan spesifikasi padat nilai hebat pada harga yang amat berpatutan, HONOR 200 Lite didatangkan dengan storan berganda dan paparan lebih tahan lama berbanding peranti sebelum ini iaitu HONOR 90 Lite. Telefon ini mempunyai 16GB RAM (termasuk RAM Turbo 8GB) dan storan besar 512GB untuk menyimpan lebih banyak gambar dan fail.

 

Selain daripada itu, paparan HONOR 200 Lite dilindungi oleh Kaca Ultra Teguh Diperkuat yang boleh menahan jatuhan tidak sengaja dari ketinggian sehingga 1.65 meter, serta memiliki pensijilan lima bintang SGS Overall Drop Resistance. Pengguna tidak perlu risau kerana paparan tersebut mempunyai pelan Penggantian Skrin Depan & Belakang 365 Hari percuma.

 

Ciri-ciri mengagumkan untuk pengalaman pengguna lebih baik

HONOR 200 Lite menampilkan paparan jagaan mata AMOLED 6.7 inci dengan Pemalapan Bebas Risiko PWM 3,240Hz bagi mengurangkan keletihan mata. HONOR 200 Lite juga dikuasakan oleh pemproses MediaTek Dimensity 6080 yang mengoperasikan Android 14 terkini. Telefon ini turut disertakan dengan ciri Magic AI Experience seperti Magic Portal, Magic Capsule, Parallel Space, HONOR Global Favourites dan Shortcut, dan fungsi AI Blur Private Info baharu. Untuk merakamkan imej seakan hidup dan cantik, HONOR 200 Lite dilengkapi kamera utama 108MP dan kamera swafoto 50MP.

HONOR 200 Lite boleh didapati dalam pilihan warna Starry Blue dan Midnight Black. Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR 200 Lite, sila kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my

- Advertisement -

Comments are closed.