Ultimate magazine theme for WordPress.

Facebook, Instagram dan WhatsApp : Kegagalan Akses Menyebabkan Kerugian RM29 Billion

Facebook, Instagram dan WhatsApp adalah antara platform yang mempunyai kadar penggunaan paling tinggi. Hal ini kerana ketiga-tiga platform ini telah menjadi rutin harian bagi sosial secara atas talian mahupun untuk perdagangan.

Namun, kegagalan untuk para pengguna mengakses ketiga-tiga platform ini telah terjadi lagi semalam. Kegagalan untuk mengakses ini dilihat terjadi sekitar jam 10 malam yang berlarutan sehingga 6 jam. 

Memetik daripada laporan thevocketmengatakan bahawa Mark Zuckerberg iaitu CEO Facebook dan juga pemegang saham terbesar bagi syarikat terbabit, terpaksa menanggung kerugian sebanyak $7 billion (RM29.22 billion) disebabkan masalah berikut sekaligus menjadikan saham syarikat Facebook turun sekitar 5%. 

Termasuk semalam merupakan kali ketiga kegagalan untuk mengakses ini berlaku dan ianya terjadi pada pengguna seluruh dunia.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Comments are closed.