Cipset Samsung Exynos 2200 baru-baru ini dikatakan muncul dalam senarai penanda aras ujian 3D Mark’s Wild Life test dengan mencapai skor 8134. Secara automiknya menandingi skor dari cipset Snapdragon 888 dan berkemungkinan juga bakal menandingi SoC unggulan Snapdragon 2022 juga, dilaporkan disebut Snapdragon 895.
Menurut ciapan di laman twitter @The Galox, Exynos 2200 berpeluang menjadi chipset buatan Samsung pertama yang lebih pantas dalam prestasi komputasi (CPU) dan grafik (GPU) berbanding dengan sainganya Snapdragon. Bahkan, dari segi GPU Exynos 2200 juga dikhabarkan adalah lebih baik dari Apple A15 Bionic.
Walaubagaimanapun, masih belum ada data dan bukti kukuh mengenai hal ini. Oleh itu teruskan bersama kami untuk mengetahui berita terkini mengenai informasi teknologi marhaen.
Sumber: GSM Arena
Comments are closed.