Jangan terkejut apabila anda bangun pagi nanti, cuba untuk mencari aplikasi Facebook namun tidak menjumpai. Hal ini kerana Facebook akan dilakukan penjenamaan semula kepada nama baharu iaitu Meta.
Perkara ini telah diumumkan secara rasmi sendiri oleh pengasas Facebook itu sendiri tidak lain dan tidak bukan Mark Zuckerberg.
” Our brand is so tightly linked to one product that it can’t possibly represent everything that we’re doing today, let alone in the future. From now on, we’re going to be metaverse-first, not Facebook first. ” – Mark Zuckerberg
Beliau menyatakan bahawa penjenamaan Facebook ini membuatkan mereka terikat akan satu produk sahaja dan tidak melambangkan perkembangan mereka pada hari ini. Tambah beliau lagi, penjenamaan daripada Facebook kepada Meta ini adalah juga merupakan satu matlamat dan cita-cita dalam mengembangkan lagi produk-produk dan servis mereka akan datang.
Matlamat dan cita-cita syarikat itu adalah untuk berkembang daripada sebagai sebuah syarikat media sosial kepada syarikat yang lebih metaverse. Syarikat ini juga turut dikatakan bakal memperkenalkan penggunaan VR dan AR ketika pengendalian mesyuarat.
Sesuai dengan nama baharu Meta.
Apa pandangan dan pendapat anda? Tinggalkan komen di ruangan komen atau di FB Page Izami Gadget.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.