Siri kali ini kami ingin memperkenalkan buku bertemu ruas di dalam arena peranti pintar midranger atau siri pertengahan iaitu, Honor 90 Vs Oppo Reno 10 pro.
Design yang telah direka oleh kedua-dua jenama dari Asia Timur ini sangat menarik dengan Oppo diberikan warna ungu yang sangat mengancam, Honor pula memberikan warna seakan permata yang berkilat seolah-olah barang kemas yang mahal gituw.
Kedua-dua peranti ini mempunyai saiz skrin 6.7 inch dengan kadar segar semula 120Hz, Honor 90 walaupun edisi pertengahan memberikan suatu Quadcurved Amoled Floating Display yang akan memberikan skrin korag seolah-oleh gambar tu melekat dekat skrin and tiada gap.
Tetapi, apa yang sihatnya yang min duk cakap dekat tajuk tu?
Acap kali kita dengar orang-orang tua bagitahu kita “jangan tengok phone lama-lama, rosak mata nanti” kenapa eh? orang dulu takkan la nak menipu and sebab jeles tengok kita main phone kan? Ada sebabnya, memang betul yang peranti yang ada dekat tangan tuan-tuan dan puan-puan sekarang ni membahayakan mata dengan memberikan kelesuan, tired eyes, blurred vision, jadi memang bahaya sebenarnya semuanya disebabkan skrin OLED peranti-peranti tersebut dengan 240Hz – 480Hz PMW Dimming Modulation.
Haa tetapi, tidak lagi menjadi suatu masalah di zaman ini terima kasih kepada Honor 90 yang telah mencipta skrin tanpa risiko dengan 3840Hz ultra high frequency PWM dimming technology dan telah mendapat certificate dari TUV Rheinland.
Bukan itu je, Honor 90 juga memberikan fungsi teknologi kesihatan lain seperti Circardian Night Display yang boleh adjust secara automatis korang punya display blue light menjadi kurang untuk bantu korang tidur pada waktu malam. Pergh padu beb! Boleh cakap tak dengan orang-orang tua zaman sekarang, tak rosak mata pun sebab pakai Honor 90! Hahahaha.
Spefikasi kamera bagi kedua-dua peranti ini adalah seperti gambar diatas, dimana Honor 90 mempunyai lebih 150MP bagi main camera dan the result is just amazing. Kenapa amazing? Honor 90 pro dilengkapi dengan sensor 25% lebih besar telah menaikkan cahaya yang masuk sebanyak 14% jika dibandingkan dengan IMX766,IMX866 da IMX890 yang berada di kebanyakan peranti zaman sekarang. Dibawah adalah gambar perbezaan antara Oppo Reno 10 Pro dan Honor 90.
Haa amacam, korang rasa mana yang korang prefer? Bagi min, lebih 150MP main Camera memberikan perbezaan yang sangat banyak dan warna yang diberikan adalah sangat crispy, sharp dan untuk bokeh pulah, sangatlah creamy. Honor 90 juga hadir dengan fungsi baharau iaitu moving photo, dia kalau kita ambil gambar ala-ala ambil Gif gitu. gerak-gerak wey!
Untuk chipset, Oppo Reno 10 Pro dibina dengan Qualcomm SM7325 Snapdragon 778G 5G dengan ColorOS 13.1 dimana Hnor 90 dengan Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition dengan MagicOS 7.1 kedua-duanya berdasarkan Android 13. Jadi kedua-dua peranti ini tidaklah kurang hebatnya. Tetapi kalau korang nak layan main game lama-lama, dengar lagu and tengok movie, Honor 90 menang dengan bateri berkapasiti 5000mAh dimana Oppo Reno 10 Pro hanyalah 4600mAh.
Jadi berapakah harga peranti-peranti ini?
Honor 90 – RM1,799
Oppo Reno 10 Pro – RM2,199
Jadi acaner geng? Honor 90 atau Oppo Reno 10 Pro? Kamera power, paparan sihat, bateri besar, murah pulak tu, eh xpayah cakap la.
Kalau korang nak tengok video review kitorang untuk pergaduhan kedua peranti ini, meh tengok sini. Layann…..
Comments are closed.