Salam Kenangan Semalam, Selain daripada peranti iPhone yang bakal diperkenalkan tahun ini. Apple juga bakal perkenalkan sekali dengan jam tangan pintar mereka iaitu Apple Watch Series 8. Cuma ada khabar angin mengatakan, tahun ini ia bakal dilancarkan bersama edisi ‘Pro’, Ada betul ke?
Video Apple Watch Series 7
Bercakap sedikit mengenai spesifikasinya, Jam tangan ini hadir dengan saiz skrin yang lebih besar berbanding model sebelumnya dimana skrin nya hadir dengan saiz 1.99″ yang jika kita bandingkan dengan Apple Watch Series 7, saiznya cuna 1.9″ sahaja. Tambahan, Model Apple Watch Pro ini dikatakan hadir dengan ketahanan yang lebih baik, malah penggunaan bateri yang lebih lama dan sensor yang hadir bersama penjejakan kecergasan beserta aktiviti kesukanan yang telah dinaik taraf.
Min katakan tadi ia datang bersama versi Pro, sudah pasti ia turut ditawarkan pada peranti Apple yang lain, dimana ia boleh disambungkan bersama peranti seperti MacBook, iPhone, iPad dan AirPods. Tambahan info, perkenalan model ‘Pro’ ini dikatakan bakal menamatkan penawaran ‘Apple Watch Edition’ yang diperkenalkan sebelum ini.
Untuk kesahihannya, sama-sama kita nantikan. Tinggalkan komen untuk info bersama, Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !
Sumber Gambar: MacWorld
Comments are closed.