Salam Cinta, dunia yang kita sedang duduki adalah dunia yang sedang kearah teknologi yang lebih moden. Jadi seperti yang sedia maklum, teknologi yang kita terima sekarang ini sangat memberansangkan. Semakin hari, telefon pintar menjadi sebuah telefon yang kita tidak boleh jangka teknologinya. Seperti sedia maklum, banyak telefon pintar yang mengatakan bahawa peranti mereka boleh ditenggelamkan dalam air dan berfungsi dengan baik. Tetapi apabila kita menggunkannya baru kita tahu, kebanyakannya itu semua hanya hebat di atas kertas.
Kenapa Min kata begitu? Korang perasan tak ada banyak peranti yang mengatakan peranti mereka boleh ditengelamkan di dalam air. tetapi apabila kita cuba untuk melakukannya, kebanyakan peranti tidak akan menerima tindak balas pada skrin dengan baik. Tapi semua itu tidak terjadi kepada peranti Apple, jadi tidak mustahil lah apabila Syarikat Apple menerima anugerah sebuah peranti dengan paten yang membolehkan skrin digunakan walaupun ketika basah dan berfungsi dengan baik ketika didalam air.
Mod Paten ini boleh berubah ketika dalam keadaan kering, basah dan bawah permukaan air. Apabila peranti mengesan mod tersebut, tahap pengesanan skrin akan meningkat dan juga akan terdapat perubahan pada antaramuka peranti. Contohnya seperti dalam mod air, butang kamera akan menjadi lebih besar untuk memudahkan ia ditekan. Paten difailkan pada Mac 2021 dan hanya dianugerahkan kepada Apple pada 28 Jun lalu.
Kehadiran paten tidak bermakna ia akan diguna pakai pada produk Apple. Kerana kita perlu sedar bahawa beberapa paten yang dimiliki mereka masih kekal sebagai konsep di atas kertas sahaja. Adakah korang setuju dengan anugerah yang diterima Apple? Tinggalkan komen untuk info bersama, Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !
Sumber Gambar:
https://www.hzo.com/blog/apples-patent-water-damage-indicators/
https://www.forbes.com/sites/paulmonckton/2022/06/29/apple-patent-reveals-radical-new-iphone-design-upgrades/?sh=375c38f83b70
https://www.ubergizmo.com/2020/04/fully-waterproof-iphone-patent/
Comments are closed.