Ultimate magazine theme for WordPress.

Apple Kaut Keuntungan Tambahan Sebanyak RM27 Billion Selepas Berhenti Bagi Charger Dan Earphone Di Dalam Kotak

Seperti yang sedia maklum, Apple berhenti memberikan Charger dan Earphone di dalam kotak sejak tahun 2020. Atas alasan ingin mengurangkan Electronic Waste dan Apple juga berpendapat bahawa majoriti sudah pun memiliki dua aksesori ini daripada pembelian produk Apple sebelum ini.

Syarikat Apple mengaut keuntungan tambahan sebanyak $6.5 bilion (RM27 bilion). Keuntungan ini berdasarkan daripada penjimatan yang dilakukan Apple apabila mereka mengecilkan saiz kotak dan tidak lagi meletakkan aksesori earphone & charger. Ini bermakna daripada satu kotak saja, syarikat Apple sudah mendapat keuntungan tambahan sebanyak $35. Walaupun sudah berhenti bagi aksesori dalam kotak, jualan mereka tetap meningkat dan Apple juga telah pun menjual sebanyak 190 Juta Iphone. Matlamat Apple adalah menjelang 2030, mereka merancang untuk penggunaan Carbon Neutral sepenuhnya.

So korang kene terima kenyataan bahawa duit yang korang bayar tu semata-mata hanya untuk peranti jee. Tapi min nak pesan dekat Apple, jangan lah tahun akan datang sampai tak bagi kotak dah Apple oii, min dah lah suka simpan kotak sebagai kenangan.

 

 

 

 

 

 

Sumber :

https://www.ilgiornale.it/news/tecnologia/con-futuro-iphone-13-schermo-non-spegnera-mai-1924156.html

https://portalsemakan.com

https://www.macobserver.com

https://www.mesramobile.com

- Advertisement -

Comments are closed.