Ultimate magazine theme for WordPress.

Apple iPad Mini 6 Dengan Reka Bentuk Yang Diperbaharui Mungkin Dilancarkan September Ini.

Pihak Apple sebelum ini telah memperbaharui peranti MacBook dan iMac dengan reka bentuk yang baru serta penggunaan cip Apple Silikon tersendiri. Dan baru-baru ini Apple juga turut melancarkan iPad Pro yang dikuasakan oleh chipset Apple M1-cip.

Dan terbaru kali ini, khabar angin dikatakan bahawa Apple bakal melancarkan iPad Mini 6 dengan reka bentuk yang akan diperbaharui. Menurut Mark Gurman, jangkaan pelancaran bagi iPad Mini 6 adalah pada musim luruh iaitu antara akhir September hingga Disember 2021.

Pembaharuan reka bentuk yang dibuat oleh Apple ini adalah merupakan perubahan besar yang pernah dilakukan sepanjang tempoh 9 tahun ini. iPad Mini 6 yang akan datang ini dikatakan bakal dilancarkan dengan paparan yang lebih besar daripada Apple iMac. Sesuai dengan model iPhone 12, iMac dan iPad Pro baru – bersama ruangan bezel yang lebih kecil. Ia juga mendakwa bahawa Touch ID di bawah paparan skrin iPad mini 6 telah dipindahkan ke butang kuasa di bahagian atas, seperti tawaran iPad Air (2020).

(image sources : Pigtou & @xleaks7)

Rangka aluminium iPad mini baru dikatakan berukuran 206 x 137.8 x 6.1mm, yang akan menjadikannya sedikit lebih tinggi dan lebih lebar daripada iPad mini 5. iPad Mini 6 dijangkakan hadir dengan pilihan warna hitam, perak dan emas. Manakala bagi pengecasan pula ditukarkan daripada Lightning Port kepada USB-C Port.

Jadi marilah kita menunggu tarikh pelancaran rasmi bagi iPad Mini 6 ini. Teruskan bersama kami untuk mengetahui perkembangan terkini teknologi marhaen.

Sumber : gizmochina, pocket-lint

 

- Advertisement -

Comments are closed.