Apple mengatakan bahawa mereka akan perkenalkan peranti-peranti terbaru mereka pada bulan September dan Oktober. Dimana untuk 2 bulan ini, Apple akan merasmikan peranti seperti iPhone, Apple Watch, iPad dan juga Mac.
Dimana pada bulan September, Apple akan memfokuskan pada peranti siri iPhone14 bersama dengan iOS 16 yang akan menjananya. Turut juga pada bulan yang sama Apple akan perkenalkan jam tangan pintar Apple iaitu Apple Watch Series 8.
Manakala pada bulan Oktober, Apple akan memberi fokus pada peranti yang lain seperti iPad OS 16 dan juga Mac. Jadi dengan ini, berkemungkinan ura-ura sebelum ini yang mengatakan pengenalan iPad OS 16 pada bulan Oktober mungkin betul.
Disini kita boleh lihat, dengan sistem perlancaran seperti ini. Ia akan lebih memudahkan lagi dari segi pengurusan dan pemasaran. Dimana fokus pada 2 peranti untuk satu bulan akan lebih membuatkan bakal pengguna tidak pening dalam membuat pilihan berbanding perkenalkan semua peranti sekaligus.
Comments are closed.