Berdasarkan pada artikel kami yang lepas, seperti kita sedia maklum bahawa Google kali ini bakal melancarkan siri mereka yang terbaru iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Namun, sehingga kini, berita akan spesifikasi penuh berserta tarikh pelancaran rasminya masih belum diketahui.
Menurut 91Mobiles, keluaran Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro ini berkemungkinan menyokong pengecasan pantas 33W. Walaubagaimanapun, pengecasan pantas 33W ini masih lagi di dalam fasa ujikaji.
Memetik daripada laman sesawang yang sama juga turut dinyatakan bahawa keluaran siri Pixel 6 ini tidak akan disertakan sekali dengan pengecas dan perlu dibeli secara berasingan apabila sudah tersedia di pasaran kelak mengikuti jejak langkah Apple dan Samsung.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.