Samsung Electronics Co., Ltd telah pun dinobatkan sebagai jenama nombor satu dalam Campaign Asia-Pacific dan NielsenIQ’s Asia’s Top 1000 Brands 2021. Hal ini menjadikan syarikat Samsung mengekalkan kedudukannya selama 10 tahun berturut-turut! Syarikat Samsung ini telah menjadi jenama pilihan utama yang telah diundi oleh para pengguna di 14 pasaran Asia-Pacific berdasarkan penyelidikan tahunan dilakukan.
Serba sedikit berkenaan Asia’s Top 1000 Brands adalah satu kempen di mana kempen ini akan mengambil kira setiap tinjauan pendapat pengguna dalam pemilihan produk yang ditawarkan oleh jenama-jenama yang menghasilkan barangan teknologi bagi 15 produk/servis kategori.
Hal ini menjadikan Samsung menduduki tangga teratas dalam 15 kategori produk Asia’s Top 1000 Brands bagi tahun ini berbanding dengan 12 kategori produk pada tahun lepas. Kategori yang sentiasa menjadi pilihan para pengguna dalam memilih Samsung sebagai pilihan jenama yang pertama adalah televisyen, peralatan pembersihan dan smart home technology.
Tidak pelik pada hari ini kita boleh melihat begitu banyak para pengguna di luar sana memilih untuk membeli barangan elektronik daripada Samsung bagi kategori di atas kerana teknologi yang ditawarkan mereka begitu hebat sekali!
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi marhaen dan terkini.
Comments are closed.