Saban hari semakin canggih teknologi serata dunia, which mengimpak kan juga teknologi mobile photography. Oppo reno series memang sudah tidak asing lagi dengan kebolehan fotografi peranti tersebut. Upgrade mereka setiap kali release peranti baru, pasti akan mengejutkan dunia mobile photography. Kali ini kita ada Oppo Reno 10 Pro + 5G.
Dari segi design kali ini ia memberikan suatu looks baru kepada Oppo Reno 10 Pro + 5G walaupun ia berasaskan plastic body dan seberat 194g sahaja, tetapi tetap tampak premium dari overall looks. Dengan camera bump serba baharu dan tidak terlampau tebal memberikan easy in the pocket fit untuk most occassion. Warna yang kami ada kali ini adalah warna ungu ataupun metallic purplish yang unit dan di bahagian kamera akan menampakkan pantulan menarik di bawah cahaya. Serius Cantik!
Kali ini Oppo Reno hadir dengan AMOLED, 1B colors, 120Hz, HDR10+, 500 nits (typ), 1100 nits (HBM), 1400 nits (peak), dengan skrin bersaiz 6.74 inches, 109.2 cm2 (~90.6% screen-to-body ratio) dan resolusi 1240 x 2772 pixels, 20:9 ratio (~451 ppi density), memberikan skrin peranti ini mempunyai vivid colours. Dengan bezel yang nipis dan kurang 10% screen to body ratio, puas hati untuk korang netflix and chill.
Berasaskan Android 13 – Color OS 13.1 memberikan smooth experience dengan 120Hz kadar segar semula beliau. Sepanjang pengunaan kami sehari-harian, kami tidak mengalami sebarang unpleasant moment.
Part yang paling kita selalu fokuskan untuk reno series. Pastinya kamera. Oppo Reno 10 Pro + 5G hadir dengan:-
Rear Camera – 50 MP, f/1.8, 24mm, 1/1.56″, 1.0µm, multi-directional PDAF, OIS
Telephoto Camera – 64 MP, f/2.5, 1/2″, 0.7µm, PDAF, 3x optical zoom, OIS
Ultrawide Camera – 8 MP, f/2.2, 112˚, 1/4.0″, 1.12µm
Padu atau tak padu these camera sensor, korang boleh tengok sample gambar – gambar yang kitorang ambik guna peranti ni.
korang boleh tengok the creamy bokeh untuk gambar – gambar tersebut, dan bagaimana Potrait Camera beliau yang setanding dengan flaship camera secara keseluruhan beraksi walaupun di ketika low-light enviroment. Flare dan other picture yang diambil oleh ketiga-tiga camera Oppo Reno 10 Pro + 5G ini sangatlah memuaskan hati!
Dikuasakan dengan Qualcomm SM8475 Snapdragon 8+ Gen 1 (4 nm) dengan CPU Octa-core (1×3.0 GHz Cortex-X2 & 3×2.75 GHz Cortex-A710 & 4×2.0 GHz Cortex-A510) dengan Adreno 730, peranti ini walaupun fokus ke kamera, ia boleh dikatakan not bad untuk gaming juga. Setelah korang dah lenjan peranti ni untuk ambik gambar, gaming layan netflix dah jangan risau. Dengan 100w Supervooc charger yang diberikan charging brick sekali oleh Oppo dalam kotak, korang boleh charge phone korang 10 minit dapat 50% dan 27 minit dapat full battery. Senang cerita, kalau korang charge 5 minit, boleh main game 2 jam! power tak power!
Kalau korang risau pasal kepanasan phone bila korang dah buat bermacam -macam multi tasking dekat peranti korang ni, oppo juga memperkenalkan Cool Under Pressure Ultra-Conductive Cooling System yang mana akan menyejukkan peranti korang sehingga 92% VC liquid cooling size berbanding dengan Oppo Reno 8 sebelum ini.
Jadi lepas kitorang dah berbuih mulut bagitau korang kehebatan dan kemantapan Oppo Reno Pro + 5G ni, korang rest is this the phone for you? Adui, nak tau lagi? tak best baca? Ha sini tengok video review dekat Izami Gagdet. Bukan setakat review, comparison, sample gambar semua ada!
Ehhh jap, mesti korang nak tau harga kann? Harga beliau hanyalah RM 3,499 jee. nak beli? sini haaa
Comments are closed.