Memetik daripada laman sesawang DroidMaze, dikatakan bahawa jenama realme kini sedang berusaha dalam membangunkan satu peranti pengecasan tanpa wayar (wireless) yang diilhamkan daripada Magsafe keluaran jenama Apple. Dikhabarkan peranti ini akan diberikan nama MagDart.
realme telah pun mendaftarkan MagDart ini sebagai satu trademark yang rasmi untuk digunakan apabila peranti ini dilancarkan di peringkat global dan juga untuk pasaran Malaysia kelak.
MagDart diberi nama daripada gabungan dua kategori iaitu Mag yang membawa maksud berkenaan dengan magnet serta Dart merujuk kepada teknologi pengecasan realme SuperDart.
Tidak mustahil akan datang lebih banyak lagi jenama-jenama terkemuka yang akan mengikuti jejak langkah Apple seperti yang dilakukan oleh realme dalam mengeluarkan pengecasan tanpa wayar (wireless) seperti ini.
Teruskan bersama kami untuk tidak ketinggalan bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen yang terkini.
Comments are closed.