Ultimate magazine theme for WordPress.

Siri Honor Magic 3 Bakal Dilancar 12 Ogos.

Honor telah mengesahkan bahawa ia akan melancarkan siri peranti Magic 3 5G bulan depan. Seperti yang kita tahu, syarikat Honor telah berpisah dari Huawei untuk menjaga hubungannya dengan syarikat AS. Bertindak sebagai jenama yang berdiri sendiri, pembuatnya kini dapat menggunakan produk dengan produk IP Amerika seperti Snapdragon 888 Plus.

Siri Honor Magic 3 bakal hadir dengan janaan cipset snapdragon 888, skrin  OLED dwi-lengkung 6.76 inci yang menyokong resolusi sehingga 2772 x 1344 piksel. Skrin ini juga dikatakan turut dilengkapi lubang pukulan ganda (double punch-hole) di bahagian kiri atas untuk menempatkan kamera selfie.


Bagi kamera pula,Magic 3Pro akan mempunyai lensa telefoto periscope dengan sokongan zoom 100x hibrid disertai dengan kamera utama beresolusi tinggi dengan sensor yang besar. Manakala, Magic 3 pula akan hadir dengan empat kamera di belakangnya. Model standard dalam siri ini mungkin mempunyai pengecas 66W, sementara varian yang lebih mahal mungkin dilengkapi dengan pengecas 100W dan sokongan untuk pengecasan tanpa wayar 50W.

Info dari China turut memaklumkan berkenaan tanda harga bagi siri Honor Magic 3 iaitu model vanila akan bermula pada harga sekitar CNY 4.000 ($ 620) sementara varian beefier Pro pula pada harga CNY 5.000 ($ 770).

Jadi sama-sama kita nantikan kemunculan peranti ini di pasaran Malaysia.

Sumber: GSMArena, SoyaCincau

- Advertisement -

Comments are closed.