Ultimate magazine theme for WordPress.

Nokia Bakal Melancarkan Telefon Tahan Lasak Pada 27 Julai.

Melalui ciapan di twitter @NokiaMobile,mereka bakal melancarkan peranti terbaru pada 27 Julai ini.Ia juga turut disertakan dengan teks yang mengisyaratkan bahawa peranti baru ini bakal menjadi peranti tahan lasak.

Reka bentuk telefon ini kelihatan hampir sama dengan X10 dan juga X20 iaitu kedudukan empat kamera dalam susunan bulatan dengan penjenamaan ZEISS di bahagian tengah bersebelahan lampu LED.

Menurut GSMArena, berkemungkinan peranti baru dari Nokia ini adalah Nokia XR20, yang dikhabarkan terlihat di Geekbench bulan lalu, dimana ia dilengkapi dengan chipset Snapdragon 480 dan juga RAM 4GB.

Adakah peranti baru ini bakal menandingi Nokia 3310? Jadi, sama-sama kita nantikan kemunculan peranti ini pada 27 Julai.

- Advertisement -

Comments are closed.