Ultimate magazine theme for WordPress.

G-Shock GMW-B5000TVB – Tidak Lagi G-Shock Bersama Tali Jam Bergetah

Salam Hanya Padamu, Seperti yang kita ketahui bila sebut sahaja G-Shock pasti dalam kepala dah terlintas sebuah jam tangan yang tahan lasak dengan material getah dan silikon. Kini tidak lagi, dengan hadirnya Casio G-Shock GMW-B5000TVB ini, korang perlu mengubah perspektif sebegitu, kerana jam tangan ini hadir dengan keunikannya tersendiri, dimana ia hadir dengan bahagian tubuh dan tali jam yang dihasilkan daripada bahan sepenuhnya titanium.

Lain macam kan? dulu bergetah sekarang bertitanium tau. Dekat Malaysia jam tangan ini sudah rasmi geng. Lebih gempak lagi, korang tengok ada 3 warna yang diletakkan pada jam tangan ini, warna kelabu, coklat dan hitam yang sangat cantik di celoreng jam tangan digital ni. Belum habis gempak lagi, jam tangan ini boleh dicas dengan menggunakan tenaga solar tau. Malah, mampu bertahan sehingga 10 bulan dan apabila mod penjimatan tenaga diaktifkan, jam tangan ini boleh bertahan sehingga 22 bulan. Hampir 2 tahun, perghhh.

Jam tangan ini terbina dengan saiz tubuh 49.3mm malah ia dilengkapi dengan panel kristal nilam untuk muka jam. Untuk membawa menyelam pun tiada masalah, jam tangan ini boleh ditenggelamkan sehingga kedalaman 2oo meter, malah mempunyai 39 zon masa, hadir juga bersama sistem lampu illuminator LED, jam tangan yang tahan hentakan, selih menariknya lagi, jam tangan ini boleh disambungkan ke telefon pintar dengan menggunakan Bluetooth.

 

Di Malaysia, jam tangan Casio G-Shock GMW-B5000TVB ini dijual dengan tanda harga rasmi iaitu RM7,650 dan boleh didapati di laman rasmi G-Shock. Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Comments are closed.