Salam Jiwa Raga, Masih ingatkah kalian pada Telegram Premium yang sebelum ini menjadi bualan hangat pada mulut pengguna aplikasi tersebut? Untuk pengetahuan, Telegram kini mengeluarkan kenyataan dimana mereka memerlukan 2.5% – 3% pengguna berbayar sahaja hanya untuk menanggung kos operasi sepenuhnya pada aplikasi telegram tersebut.
Sehingga ke hari ini, angka pengguna Telegram yang aktif adalah sebanyak 700 Juta pengguna. Dimana ia bukan angka yang kecil, jadi sekiranya kita kira pada 3% daripada 700 juta pengguna. Telegram memerlukan lebih kurang 21 juta pengguna berbayar untuk menangung kos operasi sepenuhnya dengan harga bulanan RM22.99.
Dan daripada situ, kita boleh nampak bahawa Telegram memerlukan lebih kurang setengah juta Ringgit Malaysia setiap bulan bagi menjalankan operasi dengan tanggunan sepenuhnya daripada pengguna mereka.
Fuh bukan satu harga yang kecil tu. Jadi sekiranya Telegram mempunyai 3% pengguna berbayar, kita boleh lihat bahawa mereka tidak perlu lagi bergantung pada kaedah lain seperti pengiklanan dalam Telegram Messenger. Apa pendapat kalian? Bukan murah nak menjayakan sesebuah aplikasi seperti Telegram ni. Perlukan marketing dan strategi yang mantap jiwa raga malaysia. Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !
Comments are closed.