Pihak Apple sebelum ini telah memperbaharui peranti MacBook dan iMac dengan reka bentuk yang baru serta penggunaan cip Apple Silikon tersendiri. Dan baru-baru ini Apple juga turut melancarkan iPad Pro yang dikuasakan oleh chipset Apple M1-cip.
Dan terbaru kali ini, khabar angin dikatakan bahawa Apple bakal melancarkan iPad Mini 6 dengan reka bentuk yang akan diperbaharui. Menurut Mark Gurman, jangkaan pelancaran bagi iPad Mini 6 adalah pada musim luruh iaitu antara akhir September hingga Disember 2021.
Pembaharuan reka bentuk yang dibuat oleh Apple ini adalah merupakan perubahan besar yang pernah dilakukan sepanjang tempoh 9 tahun ini. iPad Mini 6 yang akan datang ini dikatakan bakal dilancarkan dengan paparan yang lebih besar daripada Apple iMac. Sesuai dengan model iPhone 12, iMac dan iPad Pro baru – bersama ruangan bezel yang lebih kecil. Ia juga mendakwa bahawa Touch ID di bawah paparan skrin iPad mini 6 telah dipindahkan ke butang kuasa di bahagian atas, seperti tawaran iPad Air (2020).
(image sources : Pigtou & @xleaks7)
Rangka aluminium iPad mini baru dikatakan berukuran 206 x 137.8 x 6.1mm, yang akan menjadikannya sedikit lebih tinggi dan lebih lebar daripada iPad mini 5. iPad Mini 6 dijangkakan hadir dengan pilihan warna hitam, perak dan emas. Manakala bagi pengecasan pula ditukarkan daripada Lightning Port kepada USB-C Port.
Jadi marilah kita menunggu tarikh pelancaran rasmi bagi iPad Mini 6 ini. Teruskan bersama kami untuk mengetahui perkembangan terkini teknologi marhaen.
Sumber : gizmochina, pocket-lint
Comments are closed.