Ultimate magazine theme for WordPress.

Xiaomi – Mi Band 7 Hadir Dengan Pemantauan Oksigen Dalam Darah

Salam Cinta Pandang Pertama, Xiaomi telah membawa masuk sebuah jam tangan baru dengan ciri pemantauan oksigen dalam darah sepanjang hari iaitu Mi Band 7. Rekaanya masih kekal seperti model sebelumnya yang berbentuk bujur dan bersaiz kecil, ini kerana fungsi utamanya adalah untuk pemantauan kesihatan.

Selain daripada memantau oksigen dalam darah, Mi Band 7 ini disertakan dengan ciri lain seperti membaca denyutan nadi, Sleep Tracking, bersukan dengan mod yang berbeza. Malah, apabila kadar oksigen dalam darah SpO2 kurang daripada 90%, Mi Band 7 ini akan memberi amaran dalam bentuk gegaran.

Mi Band 7 pada ketika ini ia dipasarkan di China dengan tanda harga ¥249 iaitu bersamaan RM164. Mi Band 7 ini disertakan dengan skrin 1.62-inci dan menggunakan skrin panel AMOLED berwarna yang pasti menambahkan lagi pengalaman pengguna ketika memakainya. Pada interface pula ia hadir dengan memaparkan banyak informasi di skrin utama. Tambahan, Xiaomi mengatakan bahawa ia boleh bertahan sehingga 14 hari. Fuhh macam merecikss jeee Mi Band 7 ni. Amacam geng? Haha Sampai bertemu lagi geng. Assalamualaikum. Chow !

 

 

Sumber Gambar :

https://gadgetsandwearables.com/2022/03/03/xiaomi-mi-band-7-release-date/

https://9to5google.com/2022/05/23/xiaomi-mi-band-7-design/

https://www.gsmarena.com/xiaomi_unveils_mi_band_7_redmi_buds_4_and_redmi_buds_4_pro-news-54412.php

- Advertisement -

Comments are closed.