Salam Mood Raya Terkejut, Seperti yang diketahui, Model Xiaomi 12T sedang dalam proses pembangunan akan tetapi Redmi kelihatan tidak sabar untuk melancarkan Redmi Note 11T terlebih dahulu pada bulan Mei ini. Mungkin ada sesuatu yang Redmi ingin tunjuk kepada kita, tak sabar min dibuatnya.
Berkemungkinan ini adalah versi update dengan rekaan yang lebih kurang sama. Sebabnya, Model untuk Redmi 11 ini pun sudah mempunyai lebih daripada enam (6) model. Pada perlancaran akan datang min rasa ia akan hadir dengan penambahan lagi dua (2) model.
Tapi geng, hati min merasakan dua peranti yang bakal dilancarkan itu adalah Redmi Note 11T dan Redmi Note 11T Pro. Untuk makluman, “T” pada nama peranti adalah ditujukan pada tahap prestasinya iaitu TURBO. Peranti ini dikatakan bakal hadir bersama skrin 6.6-inci FHD+ OLED dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Untuk cip pemprosesan mungkin ia disertakan dengan cip Dimensity 1300 dan Dimensity 8000 dengan bateri sebesar 4980maH dengan menyokong pengecasan pantas sehingga 120W.
Redmi Note 11 Pro
Akan tetapi, Redmi Note 11T ketika ini ia terhad di negara China dan tidak pasti bila ia akan ditawarkan di negara kesayangan kita iaitu Malaysia. Sama-sama kita nantikan. Sampai berjumpa lagi geng, Assalamualaikum. Chow !
Sumber Gambar:
https://www.tudocelular.com/mercado/noticias/n173402/xiaomi-pode-lancar-linha-redmi-10-india-em-breve.htm
lhttps://thenewsdept.com/technology/60265.html
https://www.pocket-lint.com/phones/reviews/xiaomi/159918-redmi-note-11-pro-review
Comments are closed.