Salam Peluang Kedua, Huawei Malaysia baru-baru ini mengumumkan perlancaran Smart Office dengan lima produk baru. Perlancaran ini menunjukkan bahawa Huawei sedang membuat satu langkah baru yang bertamakan Smart Office dengan visi “Super Device, Super Creativity” di Malaysia. Dengan tekad untuk sejajar dengan teknologi masa kini dan komited dengan inovasi yang berterusan, peranti-peranti ini menjanjikan peningkatan produktiviti untuk senario Smart Office.
MATEPAD 10.4-INCI
Serasi dengan pakej HUAWEI M-Pencil (2nd Generation). Huawei MatePad yang baharu ini sudah mempertingkatkan penyokongan ekosistemnya, ia juga kaya dengan pelbagai ciri pintar. Ia boleh dijadikan sebagai peranti pilihan yang menjadi peneman kita semasa kita ingin membuat sesuatu produktiviti. Dimana ia adalah peranti mudah alih yang mudah dibawa. MatePad 10.4 ini bersaiz 10.4-inci dan paparannya beresolusi 2K HUAWEI FullView. Peranti ini juga mempunyai ciri Multi-Screen dimana ia mampu memudahkan kerja kita dalam menyiapkan sesuatu tugas dengan lebih mudah dan cepat. Lebih seronok lagi, ia boleh dipadankan bersama HUAWEI M-Pencil dan Smart Keyboard yang pasti mampu memberi kesenangan dan kemudahan untuk kerja harian kita.
MateBook D 15
HUAWEI MateBook D 15 baharu ini dikuasakan dengan Cip Pemprosesan Intel® Core™ yang mampu menyampaikan kelajuan yang jauh lebih baik dan ia juga menyokong ciri Cross-Device. Reka bentuknya mengikut keperluan pengguna generasi muda dimana HUAWEI MateBook D 15 mampu memberikan prestasi yang luar biasa dari setiap sudut. Daripada belajar secara online, secara on-the-go malah ia mampu memberi pengalaman yang hebat dalam hiburan. HUAWEI MateBook D 15 ini reka bentuknya nipis dan ringan, secara tidak langsung ia mudah dibawa kemana sahaja.
HUAWEI PIXLAB X1
HUAWEI PixLab X1 adalah sebuah Smart Printer, dimana ia juga adalah Laser Printer HarmonyOS Pertama di Dunia untuk kategori Smart Printing. Dengan memanfaatkan kuasa HarmonyOS, HUAWEI PixLab X1 ini adalah laser printer 3 dalam 1 yang sangat berkuasa dan mampu menggabungkan daripada tiga fungsi iaitu fungsi mencetak (printing), menyalin (copying) dan mengimbas (scanning) menjadi kepada satu. Lebih memudahkan lagi, HUAWEI PixLab X1 ini boleh disambungkan dengan aplikasi seperti HUAWEI AI Life.
HUAWEI SOUND JOY
Pembangunan untuk HUAWEI Sound Joy ini adalah usaha bersama HUAWEI dan Syarikat Teknologi Perancis iaitu Devialet. Dengan memanfaatkan teknologi Devialet SAM Technology, HUAWEI SOUND JOY mampu menjadi sebuah pembesar suara yang compact, bergaya dan mudah alih kerana ia direka untuk kegunaan harian. Reka bentuk daripada tenunan fabrik ini adalah dust and water resistance, malah ia juga anti-slip. Oleh kerana bateri yang besar, HUAWEI SOUND JOY ini mampu bertahan sehingga 26 jam dan ia juga menyokong pengecasan pantas.
HUAWEI WIFI MESH 3
HUAWEI WiFi MESH 3 ini bukan sahaja mudah digunakan, malah ia juga menawarkan pengalaman pintar yang kebanyakan router tidak tawarkan. Daripada perlu memasukkan kata laluan untuk penyambungan WiFi, sebenarnya untuk lebih mudah, kita hanya perlu tap pada peranti HUAWEI WiFi MESH 3 ini untuk mendapat penyambungan rangkaian Wi-Fi. Selain itu, kita boleh memantau Visualised Network Coverage di dalam rumah atau pejabat dengan hanya menggunakan aplikasi HUAWEI AI Life pada peranti. Dengan menggunakan aplikasi tersebut, kita boleh mencari heatmap yang boleh menunjukkan liputan rangkaian dalam memastikan tiada zon mati internet di rumah atau pejabat.
Semua ini adalah untuk pengalaman Smart Office daripada HUAWEI. Perlancaran ini secara langsung bertujuan untuk mengukuhkan lagi inovasi yang memang sudah tertanam dalam barisan produk HUAWEI. So macam mana pendapat korang geng? Menarik tak langkah yang diambil Huawei? Dalam kelima produk tu, ada sangkut satu tak dihati? atau semua produk tersangkut dihati? haha Berjumpa lagi Geng, Assalamualaikum. Chow !
Comments are closed.