Salam Sayang Yang Tidak Ada Penghujung, Seperti yang dilalui satu dunia dimana semasa virus covid-19 menyerang dunia. Kita mula hidup dengan satu era baru dimana belajar atau bekerja secara maya. Dan pada masa itu, aplikasi Zoom adalah pilihan kebanyakan pengguna dimana ia sangat membantu dengan ciri yang dihadirkan pada aplikasi tersebut.
Baru-baru ini, Aplikasi Zoom ini telah mengemas kini versi terbaru iaitu pada versi 5.10.3. dimana ia memperkenalkan sokongan gestur. Dengan kemampuan ini, pengguna hanya perlu mengangkat tangan untuk mendapat perhatian hos dan membuat gestur jari ibu untuk tanda setuju.
Yang mana sebelum ini fungsi ini memang sudah diperkenalkan, cumanya pengguna perlu menekan menekan butang yang disediakan pada aplikasi. Walaupun kita hampir beralih ke fasa endemik, aplikasi Zoom tetap ingin memberi yang terbaik kepada pengguna dengan menambah baik beberapa ciri contohnya seperti pada Asia pasifik, mereka menambah baik pada kualiti audio dan mengurangkan isu sela masa. Malah, Zoom Whiteboard juga diperkenalkan untuk kemudahan pengguna.
Ada lagi yang masih belajar atau bekerja daripada rumah? dah try update terbaru dan rasa sendiri pengalaman pada ciri baru ni? jangan lupa tinggalkan pandangan korang, min nak tau juga funtion ke tak funtion. Berjumpa lagi geng, Assalamualaikum, Chow!
Sumber Gambar:
https://www.technologyshout.com/how-to-use-the-zoom-meeting-application-on-the-computer
https://www.theverge.com/2022/4/20/23033545/zoom-gestures-raise-hand-thumbs-up
https://techcrunch.com/2022/04/20/zoom-announces-zoom-whiteboard-gesture-recognition-among-several-updates
https://www.lowyat.net/2022/271789/zoom-gesture-control-desktop/
Comments are closed.