Apple Buat Perkhidmatan Pembaikan Secara Percuma Walaupun Sudah Habis Warranty Untuk Peranti iPhone, AirPod Pro, Mac, Dan Banyak Lagi.
Salam Hujung Minggu, Apple sedang membuat satu program pembaikian secara percuma untuk peranti iPhone, Mac, Airpod, Macbook dan banyak lagi. Berkemungkinan korang tergolong dalam program Apple ni. Cumanya, ada beberapa kerosakan sahaja yang layak untuk mendapat pembaikian secara percuma. Sekarang Apple sedang menjalankan 20 program pembaikian secara percuma. Jangan risau, min akan nyatakan satu per satu..
PERANTI IPHONE 12 DAN 12 PRO YANG MEMPUNYAI ISU PADA BUNYI (NO SOUND ISSUE)
Apple menyedari bahawa ada sebilangan kecil pada peranti iPhone 12 dan iPhone 12 Pro mengalami masalah bunyi yang disebabkan oleh komponen yang mungkin gagal pada beberapa model iPhone itu. Peranti yang mempunyai masalah ini pada pengeluaran dan penghasilan pada October 2o20 hingga April 2o21.
PERANTI IPHONE 11, MEMPUNYAI ISU SENTUHAN PADA PAPARAN SKRIN
Peranti iPhone 11 korang tak respond kalau kita sentuh? Apple mengenal pasti permasahalaan ini terjadi pada peranti yang dikeluarkan diatara pada November 2019 dan Mei 2020. Korang click link yang min bagi, situ korang boleh check dengan meletakkan No. Siri peranti iPhone 11 korang.
AIRPODS PRO YANG MEMPUNYAI ISU PADA BUNYI
Korang punya AirPods Pro ada masalah bunyi yang statik dan berderak (Crackling) ? Atau mod Noise Cancellation tak berfungsi? Kalau ya, Apple akan memberi pembaikian untuk unit AirPods Pro yang dihasilkan sebelum Oktober 2020.
Sumber Gambar : https://everymac.com/systems/apple/ipad/ipad-air-faq/differences-between-ipad-air-3-3rd-gen-models.html
IPAD AIR (3rd GENERATION) MEMPUNYAI ISU SCREEN BLANK
Skrin pada peranti Ipad Air (3rd Generation) korang ada masalah pada skrin? Menjadi Blank atau sebelum peranti korang blank, dia akan berkelip-kelip dulu? Dan model korang dihasilkan diantara Mac 2019 hingga October 2019? jadi peranti korang tu layak mendapat pembaikian secara percuma oleh Apple.
SMART BATTERY CASE UNTUK PERANTI IPHONE XS, IPHONE XS MAX & IPHONE XR
Smart battery Casing korang mengalami masalah ketika cas atau mengecas sekejap-sekejap semasa korang cucuk pada peranti iPhone korang? Unit yang terjejas ini dikeluarkan diantara Januari 2019 dan Oktober 2019. Apple akan menggantikan Smart Battery Case ni secara PERCUMA geng.
Sumber Gambar : https://www.macrumors.com/roundup/iphone-6s/
IPHONE 6s DAN IPHONE 6s PLUS YANG MEMPUNYAI ISU TIDAK BOLEH DIHIDUPKAN (NO POWER)
Apple menyedari bahawa untuk peranti iPhone 6s dan iPhone 6s Plus ada sebilangannya yang tidak boleh dihidupkan kerana beberapa komponen yang gagal. ia terjadi pada penghasilan peranti diantara Oktober 2018 hingga Ogos 2019. Korang boleh try periksa No siri daripada link yang min bagi.
PERGANTIAN SKRIN UNTUK MODEL ALUMINIUM APPLE WATCH SIRI 2 DAN SIRI 3
Apple telah menentukan bahawa didalam keadaan yang sangat-sangat jarang berlaku untuk product Apple Watch Siri 2 dan Siri 3 ini, iaitu mempunyai keretakan pada sisi skrin atau sekeliling skrin. Boleh rujuk pada gambar yang min sertakan di atas.
Sumber Gambar : https://www.macrumors.com/2019/08/13/macbook-pro-2015
MACBOOK PRO 15-INCI MEMPUNYAI MASALAH BATERI
Apple mengenal pasti bahawa ada beberapa komputer riba model Macbook Pro (Retina, 15-inch, Mid 2015). Yang dijual diantara September 2015 dan February 2017 mungkin ada masalah overheat. Tekan link untuk periksa daripada nombor siri yang disertakan oleh Apple. Kalau layak, korang akan dapat pertukaran bateri secara PERCUMA geng.
Sumber Gambar : https://www.anandtech.com
PAPAN KEKUNCI BERMASALAH UNTUK MACBOOK, MACBOOK AIR DAN MACBOOK PRO
Program Apple yang ini merangkumi permasalahan papan kekunci seperti kekunci tersekat, berulang atau tidak berfungsi untuk MacBook, MacBook Air atau MacBook Pro. Program ini layak untuk model yang berikut :
- MacBook (Retina, 12-inch, Early 2015)
- MacBook (Retina, 12-inch, Early 2016)
- MacBook (Retina, 12-inch, 2017)
- MacBook Air (Retina, 13-inch, 2018)
- MacBook Pro (13-inch, 2016, Two Thunderbolt 3 Ports)
- MacBook Pro (13-inch, 2017, Two Thunderbolt 3 Ports)
- MacBook Pro (13-inch, 2016, Four Thunderbolt 3 Ports)
- MacBook Pro (13-inch, 2017, Four Thunderbolt 3 Ports)
- MacBook Pro (15-inch, 2016)
- MacBook Pro (15-inch, 2017)
- MacBook Pro (13-inch, 2018, Four Thunderbolt 3 Ports)
- MacBook Pro (15-inch, 2018)
- MacBook Pro (13-inch, 2019, Four Thunderbolt 3 Ports)
- MacBook Pro (15-inch, 2019)
Sumber Gambar : https://appleworldhellas.com/-flexga/
MACBOOK PRO 13-INCI YANG MEMPUNYAI ISU PADA PAPARAN LAMPU BELAKANG (DISPLAY BACKLIGHT)
Hanya peratusan kecil yang mengalami isu ini, dimana Macbook Pro 13-inci mereka mempunyai isu Display Backlight, yang menunjukkan ada kawasan terang yang menegak pada bahagian skrin atau ia tidak berfungsi sepenuhnya. Peranti yang terjejas ini dijual diantara October 2016 dan Februari 2018.
TERJEJAS | BARU |
KEPALA PENGECASAN APPLE BEKEPALA TIGA
Untuk isu ini, ia sangat jarang berlaku. Dimana ada beberapa cas kepala tiga ini yang dihantar antara 2003 hingga 2010 dengan Mac dan peranti IOS. Dan turut disertakan dalam Apple World Travel Adapter Kit yang mungkin pecah dan boleh mengakibatkan kejutan eletrik yang membahayakan.
Sumber Gambar : https://www.reddit.com/r/macbookpro
MACBOOK PRO 13-INCI (NON TOUCH BAR) ISU PADA SOLID-STATE DRIVE
Program ini untuk sesetengah Solid-State Drives pada Macbook Pro 13-inci yang bervariasi 128GB dan 256GB, dimana peranti itu mengalami isu drive korang rosak dan boleh mengakibatkan kehilangan data.
MODEL IPHONE X YANG MEMPUNYAI ISU SENTUHAN PADA PAPARAN SKRIN
Sesetangah pengguna untuk model iPhone X mesti ada yang tengah mengalami isu sentuhan kan? isu ini berlaka disebabkan oleh kerosakan pada komponen dalam peranti. Perkara ini juga mengakibatkan, paparan skrin tiada tindak balas apabila disentuh ataupun secara tiba-tiba ia bertindak balas walaupun tanpa sebarang sentuhan.
Sumber Gambar : https://www.ubuy.com.my/my/product/2D9M0XZI-apple-iphone-8-fully-unlocked-64gb-gold-certified-refurbished-good-condition
PERGANTIAN PAPAN LOGIK PADA IPHONE 8
Program ini berkaitan dengan kegagalan pada papan logik yang mengakibatkan secara tiba-tiba peranti korang Reboot, Freeze ataupun terjadinya kerosakan pada peranti.
Sumber Gambar : https://www.imore.com/13-inch-macbook-pro-non-touch-bar-gets-ssd-service-program
MENGGANTIKAN BATERI MACBOOK PRO 13-INCI (NON TOUCH BAR)
Macbook Pro 13 inci yang jenis (Non Touch Bar) mengalami masalah bateri rosak sehinggakan bateri jadi kembung? Boleh try check Nombor Siri daripada link yang min bagi. Tetapi, ini terhad untuk Macbook Pro 13-Inci (Non Touch Bar) yang terjual diantara Oktober 2016 dan Oktober 2017 sahaja tau.
Sumber Gambar : https://rapidrepair.in/blog/fix-iphone-no-service-problem/
PEMBAIKIAN UNTUK IPHONE 7 YANG MEMPUNYAI ISU “NO SERVICE”
Kalau korang ada membeli iPhone 7 yang dihasilkan diantara September 2016 dan February 2018 dan dijual di negara China Mainland, Hong Kong, Jepun, Macao dan Amerika Syarikat, korang layak untuk program ini.
Sumber Gambar : https://www.mytrendyphone.eu/shop/scratch-resistant-iphone-6-6s-plus-hybrid-case-229765p
PROGRAM PEMBAIKIAN ISU MULTI-TOUCH UNTUK MODEL IPHONE 6 PLUS
Apple sedar bahawa model iPhone 6 Plus ada sesetegah yang mempunyai isu Multi-Touch dan paparan berkelip. Mungkin disebabkan peranti ini beberapa kali terjatuh pada permukaan yang keras. Jika iPhone 6 Plus korang ada kes macam yang min nyatakan, berfungsi dan skrin tidak retak atau pecah, Apple akan baiki peranti anda dengan harga kilang sebanyak RM699.
TERJEJAS | DIREKA SEMULA |
KEPALA PENGECASAN APPLE BERKEPALA DUA
Kepala pengecasan Apple kepala dua yang direka untuk digunakan di Benua Eropah, Australia, New Zealand, Korea, Argentina dan Brazil dan dijual antara 2003 hingga 2015 bersama dengan peranti Macs, IOS dan Apple World Travel Adapter Kit yang mungkin pecah dan boleh menjadi kejutan eletrik yang membahayakan.
Sumber Gambar : https://www.pinterest.com/pin/310466968037073592/
Pembesar suara Beats Pill XL yang dijual sejak Januari 2014 ini berkemungkinan mempunyai masalah overheat dan menimbulkan risiko pada keselamatan. Jadi Apple ingin menarik semula produk ini degan menghantarkan semula kepada Apple dan sebagai pertukaran, Apple akan memberikan pembayaran sebanyak RM1,175.
PERTUKARAN UNTUK KEPALA PENGECASAN 5W EUROPEAN USB POWER ADAPTER
Adapter ini, yang terjual diantara October 2009 hingga September 2012 untuk model iPhone 3GS, iPhone 4 dan iPhone 4S. Telah terbukti mempunyai isu overheat dan menimbulkan risiko pada keselamatan.
PENGAMBILAN SEMULA USB POWER ADAPTER
Sekiranya anda ada membeli iPhone, iPad dan iPod tiruan (atau dalam hal ini mana-mana pengecasan pihak ketiga). Apple menawarkan untuk membeli pengecasan yang tulen dengan tanda harga $10.
PERTUKARAN APPLE ULTRACOMPACT USB POWER ADAPTER
Kalau korang ada membeli UltraCompact Apple USB Power Adapter yang dijual bersama dengan iPhone 3GS di negada Amerika Syarikat, Jepun, Kanada Mexico dan beberapa negara Amerika Latin. Apple menyedari besi pada kepala pengecasan boleh terputus pada soket dinding dan menimbulkan risiko kejutan eletrik yang serius.
So macam mana? Makin sayang dengan Apple tak? Haha pergi check dekat link yang min dah bagi tu. Boleh jimat sikit duit kalau korang ada kriteria yang Apple nyatakan. Berjumpa lagi geng, Assalamualaikum. Chow !
Comments are closed.