Ultimate magazine theme for WordPress.

Honor X7 Rasmi Di Malaysia Pada Tanda Harga Rasmi RM699

Salam kekasih kepada kekasih. Perlancaran Honor ini juga turut dihadirkan dengan peranti yang lebih mampu milik iaitu Model Honor X7 dan peranti ini juga hadir dengan penawaran sokongan 4G. Macam mana pula dengan spesifikasi untuk peranti ini? Tanpa melengahkan masa lagi, let check it out.

                                                                HONOR X7
PAPARAN SKRIN 6.74”
RESOLUSI HD+ & KADAR SEGAR SEMULA 90Hz
CIP PROSESSOR QUALCOMM SNAPDRAGON 680
GPU ADRENO 610
MEMORI DALAMAN 128GB
RAM 4GB
KAMERA BELAKANG 48MP KAMERA UTAMA

5MP KAMERA ULTRA LEBAR

2MP KAMERA MAKRO

2MP KAMERA DEPTH

KAMERA HADAPAN 8MP
RAKAMAN VIDEO 1080p @ 30fps
BATERI 5000Mah
PENGECASAN PANTAS 22.5w

Jadi macam mana geng? penawaran yang diberi kena dengan selera? Peranti ini jual dipasaran secara rasmi pada tanda harga RM699. Adakah penawaran harga ini kena dengan jiwa korang? kalau kena, dipersilakan angkat geng. Kalau rasa Honor X9 terlampau Mahal, Honor X8 pula nak beli tapi tak cukup duit walaupun dah pecahkan tabung adik, so rasanya korang boleh proceed dengan Honor X7 ni, tak banyak perbezaan pun. Mungkin perbezaan kita boleh nampak pada kapasiti bateri, tapi pengecasan pantas sama jee dengan Honor X8 menyokong 22.5w. Cip pemprosesan pun sama dengan X8, kedua-dua peranti ini menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 680.

Kacak tak warna ni? Min macam tertarik dengan warna Titanium Silver ni. Satu lagi peranti ini dihadirkan dengan warna Ocean Blue. Hanya 2 sahaja varian warna untuk peranti ini geng. Penambahan, peranti ini masih menggunakan lubang ajaib iaitu audio jack 3.5 mm, bluetooth 5.1 dan menggunakan sistem operasi MagicUI 4.2 berasaskan Android 11.

Jangan fikir panjang. dengan penawaran harga serendah itu dan spesifikasi sebegitu. Ianya seperti cukup rasa kopi kapal api, betul2 kaw. Nanti bila dah pakai jangan lupa kongsi pengalaman korang dengan admin.. Jumpa lagi geng. Assalamualaikum, Chow !

- Advertisement -

Comments are closed.