Ultimate magazine theme for WordPress.

NOKIA SUZUME DENGAN EXYNOS 7884 MUNCUL DALAM GEEKBENCH

Peranti Nokia terkini kebanyakkan menggunakan cipset Qualcomm dan Mediatek. Kini Nokia pertama yang dikuasakan oleh cipset Exynos mungkin telah dilihat di Geekbench.

Nokia “Suzume” dilengkapi dengan Exynos 7884B. Ini ialah cip 14 nm dengan perkakasan yang agak lama – dua teras Cortex-A73 dan enam teras A53, ditambah dengan MP2 Mali-G71 dan modem LTE.

Maklumat yang didapati daari Geekbench mendapati peranti dilengkapi dengan 3GB RAM dan disertakan dengan Android 12.

Nokia Suzume mungkin akan menjadi peranti mewah yang direka untuk pasaran khusus. Namun, apa yang lebih penting, kemunculan telefon baharu ini menunjukkan perkongsian baharu antara Nokia dan Samsung. Jadi pada masa hadapan, kita mungkin melihat lebih banyak telefon Nokia menggunakan pemproses Samsung.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

Sumber

- Advertisement -

Comments are closed.