Ultimate magazine theme for WordPress.

Oppo Bakal Memperkenalkan Teknologi Pengecasan Pantas 150W.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan ketara dalam kapasiti pengecasan, kebanyakannya adalah daripada pengeluar Android. Syarikat besar seperti Oppo dan Xiaomi kini berada di bahagian teratas  dalam hal ini. Teknologi pengecasan kilat VOOK Oppo sentiasa mempunyai kelajuan pengecasan yang sangat baik dan kestabilan yang kukuh. Oppo baru-baru ini membuat satu lagi kejayaan dalam bidang pengecasan pantas. Hari ini, @DCS mendakwa bahawa pengecasan pantas 150W Oppo sedang dalam pembinaan dan bakal dilancarkan tidak lama lagi. Menurut laporan, telefon pintar Oppo, OnePlus, dan Realme akan menggunakan kapasiti pengecasan pantas 150W.

Oppo sudah pun menjalankan pengeluaran percubaan kabel data dan pengecas sistem 10A.  Namun, walaupun 150W Oppo sedang dalam pembinaan, ia tidak bermakna ia akan tersedia serta-merta. Menurut pendedahan @DCS, gelombang telefon baharu Oppo dan OnePlus seterusnya akan terus menggunakan pengecasan pantas 65W dan 80W.

Pada masa ini, kelajuan pengecasan pantas telefon bimbit telah melebihi paras 100W. Malah, ia kini berada pada 120W tetapi jelas tidak semua pengeluar menggunakan teknologi pengecasan pantas ini. Oppo kini dalam proses untuk mencipta rekod pengecasan pantas baharu dalam industri telefon pintar. Walaubagaimanapun, terdapat laporan bahawa Xiaomi sudah pun menggunakan kapasiti pengecasan pantas 200W.

 

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

Sumber

- Advertisement -

Comments are closed.