Ultimate magazine theme for WordPress.

Telefon Boleh Lipat, Huawei Mate V Bakal Dilancarkan 23 Disember 2021 Ini?

Khabar angin berkenaan telefon boleh lipat dari Huawei mungkin akan menjadi kenyataan tetapi agak sedikit maklumat berkenaan peranti ini. Telefon boleh lipat Huawei Mate V mungkin akan menggunakan reka bentuk engsel baharu yang dipertingkatkan.

 

Beberapa butiran penting berkenaan peranti ini adalah berkenaan tarikh pelancaran dan juga binaan peranti ini yang akan menggunakan paip haba khas yang direka untuk telefon boleh lipat. Di mana ianya adalah fleksibel dan merentangi seluruh peranti.

Walaubagaimanapun hal ini tidak disahkan sepenuhnya, kerana laporan tersebut berdasarkan paten yang difailkan pada tahun 2020.

Menurut Weibo, Huawei  bakal melancarkan Mate V pada 23 Disember 2021 bersama-sama beberapa peranti lain seperti TV, komputer riba dan jam tangan pintar fit mini.

Teori tarikh pelancaran Mate V disokong lagi dengan imej pengolokan daripada Huawei dengan telefon bimbit tertutup dan menjanjikan pengumuman lewat Disember.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

 

Sumber

- Advertisement -

Comments are closed.