Baseus kini turut mengambil bahagian dalam menjadi salah satu pesaing teknologi seperti mana jenama-jenama diluar sana.
Kali ini, earbuds W11 tanpa wayar daripada Baseus telah pun dilancarkan.
Jom kita tengok apa yang menarik tentang W11 ini!
1. Serasi dengan Pengecasan Tanpa Wayar Qi
Teknologi pengecasan tanpa wayar kini sudah tidak asing lagi dalam era teknologi hari ini. Namun ianya kebanyakkan tersedia khusus seperti AirPods 2nd Gen, AirPods 3rd Gen, AirPods Pro daripada Apple dan juga earbuds yang lebih mahal daripada biasa.
Earbuds W11 ini menyokong pengecasan tanpa wayar Qi. Selain daripada itu juga, ia turut menyokong pengecasan pantas dimana pengecasan penuh akan memberikan anda penggunaan Baseus W11 selama 6 jam dan juga maksimum 24 jam dengan bekas pengecas.
Menggunakan Type-C yang mana serasi dengan PD ultra-fast membuatkan pengecasan bekas Baseus W11 hanya dalam masa 1 jam sahaja!
2. Mempunyai Aplikasi Penjejak
Seringkali terjatuh atau hilang ketika memakai earbuds? Namun selepas itu sukar untuk mencari kembali? Baseus W11 hadir dengan aplikasi yang anda boleh muat turun dimana aplikasi ini membolehkan anda menjejak earbuds yang terjatuh atau hilang itu. Dengan hanya tekan pada aplikasi tersebut, Baseus W11 yang telah disambung ke telefon pintar anda akan mengeluarkan bunyi penggera namun dinasihatkan untuk tidak memakainya sewaktu penggera dibunyikan.
Selain itu juga, ia turut memaparkan jangka hayat bateri, penamaan semula dan sebagainya.
3. Kualiti Bunyi Yang Sangat Menarik
Baseus W11 ini menawarkan latency serendah 0.06s dimana ianya sangat sesuai buat para penggemar permainan video diluar sana.
Teknologi Hi-Fi Stereo Sound juga akan membawa anda ke dimensi lain apabila menggunakannya.
Jadi macam mana? Menarik kan? Boleh menjadi pesaing bagi earbuds diluar sana?
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.