Ultimate magazine theme for WordPress.

Realme Bakal Memperkenalkan Peranti Dengan Pengecasan 125W Tahun Hadapan?

Julai lalu, realme telah memperkenalkan pengecasan UltraDART 125W namun masih belum ada peranti yang menyokong bagi pengecasan ini.

Menerusi satu temu bual bersama GSMArena semasa pelancaran GT Neo2 di India, Ketua Pegawai Eksekutif realme, Madhav Sheth turut mengesahkan bahawa realme bakal mengkomersialkan penggunaan teknologi UltraDART sekitar tahun hadapan.

Beliau juga turut menyatakan bahawa syarikat itu dalam perancangan untuk peranti mercu baharu (ultra-premium flagship) bagi siri GT namun hanya itu sahaja maklumat yang dikongsikan oleh beliau.

Pengecasan UltraDART realme 125 W dikatakan dapat mengecas bateri 4,000 mAh dari 0 hingga 33% hanya dalam masa tiga minit. Ia juga serasi dengan pelbagai protokol pengecasan.

Menarik bukan? Jadi sama-sama kita nantikan.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

(sumber)

- Advertisement -

Comments are closed.