Ramai peminat OnePlus tertanya- tanya apakah spesifikasi peranti baharu yang bakal dilancarkan kelak iaitu OnePlus 9 RT.
Hari ini, secara rasmi sedikit spesifikasi ringkas OnePlus 9 RT telah didedahkan melalui satu ciapan di twitter yang dimuatnaik oleh Mukul Sharma.
OnePlus 9 RT specifications are now official.#OnePlus #OnePlus9RT pic.twitter.com/A3Xgb90K4A
— Mukul Sharma (@stufflistings) October 9, 2021
” OnePlus 9 RT specifications are now official. #OnePlus #OnePlus9RT ” – Mukul Sharma
Berdasarkan gambar yang dimuatnaik itu, terlihat spefikasi OnePlus 9 RT tetapi tidak didedahkan lagi sepenuh. Hanya beberapa spesifikasi sahaja yang ditayangkan.
OnePlus 9 RT bakal dikuasakan oleh cip pemprosean Qualcomm Snapdragon 888 5G. Selain itu, peranti ini juga akan dibekalkan bersama jenis LPDDR5 RAM, mempunyai storan UFS 3.1, kadar segar semula 120Hz yang menggunakan paparan AMOLED E4.
OnePlus 9 RT turut hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh dan akan menyokong pengecasan pantas 65W.
Hanya itu sahaja spesifikasi rasmi yang telah didedahkan. Jangkaan tibanya OnePlus 9 RT ini mungkin pada bulan November.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.