Ultimate magazine theme for WordPress.

OPPO Mengesahkan Bakal Mengeluarkan Telefon Yang Boleh Dilipat?

Sejarah telefon pintar yang boleh dilipat ini dapat kita lihat pada jenama-jenama sebelum ini seperti Motorola, Samsung dan sebagainya.

 

 

 

Jadi apa yang berlaku hari ini? OPPO dikatakan telah mengesahkan bahawa mereka akan turut mengikut jejak langkah Samsung iaitu dengan mengeluarkan peranti baharu mereka dalam bentuk yang boleh dilipat (foldable).

Memetik daripada Gizchina melaporkan sebelum ini ianya adalah sekadar desas-desus sahaja, namun kini disahkan sendiri oleh Vice President of OPPO dan President of OPPO, Liu Bo dalam satu mesyuarat di China. Liu Bo berkata bahawa OPPO bakal melancarkan ” multi-shape smartphones. ” 

Hanya sekadar disitu sahaja tanpa sebarang maklumat tambahan seperti penjenamaan, tarikh pelancaran dan sebagainya. Jika anda kemaskini terkini, kami akan bawakan untuk anda.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

 

- Advertisement -

Comments are closed.