Kesemua para pengguna Iphone bakal menerima kemaskini iOS 15 selepas ianya diumumkan pada pelancaran Apple baru-baru ini.
Berdasarkan pada sumber, dikatakan sekiranya anda telah mengemaskini iOS 15, anda akan menerima beberapa fungsi yang menarik iaitu dapat membuat panggilan video kepada rakan Android melalui FaceTime.
Selain itu, anda turut akan menerima Focus Mode untuk menguruskan notifikasi anda yang mana dalam erti kata lain Do Not Disturb (DND) boleh dimodifikasikan kepada membenarkan aplikasi yang anda inginkan untuk menerima notifikasi dan selain daripada itu akan terus dalam mode DND, penambahbaikkan kepada realiti sistem navigasi Apple Maps serta kemaskini Wallet bagi membolehkan anda menyimpan lesen memandu secara digital.
Berikut adalah merupakan peranti siri Apple yang akan menyokong kepada kemaskini iOS 15 ini :-
IOS 15 AND IPADOS 15 SUPPORTED DEVICES
iPhones | iPads |
---|---|
iPhone 13 | iPad Pro 12.9-inch (all generations) |
iPhone 13 Mini | iPad Pro 11-inch (all generations) |
iPhone 13 Pro | iPad Pro 10.5-inch |
iPhone 13 Pro Max | iPad Pro 9.7-inch |
iPhone 12 | iPad (5th generation and later) |
iPhone 12 Mini | iPad Mini (4th generation and later) |
iPhone 12 Pro | iPad Air (2nd generation and higher) |
iPhone 12 Pro Max | |
iPhone 11 | |
iPhone 11 Pro | |
iPhone 11 Pro Max | |
iPhone XS | |
iPhone XS Max | |
iPhone XR | |
iPhone X | |
iPhone 8 | |
iPhone 8 Plus | |
iPhone 7 | |
iPhone 7 Plus | |
iPhone 6S | |
iPhone 6S Plus | |
iPhone SE (both generations) | |
iPod Touch (7th generation) |
(sumber : cnet.com)
Dinasihatkan sekiranya anda tidak yakin untuk melakukan sebarang kemaskini iOS anda perlu membuat iCloud backup terlebih dahulu. Ini supaya menjamin untuk keselamatan data dan gambar anda daripada hilang kerana berkemungkinan apabila kemaskini perkara seperti ini boleh berlaku cuma ia adalah dalam peratusan yang nipis untuk terjadi.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.